Mutiara
Mutiara Kata Doa Zikir

Mutiara Kata

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kearah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang. Ketahuilah bahawa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah.
Jangan sombong kerana dalam kejayaan kita pasti ada doa dari orang lain.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Keluarlah pada waktu pagi untuk mencari rezeki dan segala keperluan. Sesungguhnya, keluar bekerja di pagi hari (dipenuhi dengan) keberkatan dan kejayaan.
Hadis Riwayat At-Tharbrani
Memaafkan kesalahan orang lain merupakan tanda-tanda orang bertaqwa dan antara sifat tertinggi bagi mereka yang beriman.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Setiap kejayaan bermula dengan keputusan untuk mencuba.
Tanpa kegagalan, kita tidak akan berada pada kejayaan.
Tidak akan berubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha mengubahnya. Itu janji Allah, dan janji itu pasti!
Usah mimpi soal kejayaan andai minda dipenuhi persoalan gagal.