Mutiara
Mutiara Kata Doa Zikir

Mutiara Kata

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Masa-masa sulit akan mengajarmu bahawa tak ada yang engkau harapkan kecuali Allah.
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan yang telah banyak kapal karam didalamnya. Andai muatan kita adalah iman dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Kasih sayang ibu umpama lampu yang menyala di malam hari. Jika terpadam gelaplah seluruh rumah, jika menyala cerialah seluruh rumah.
Kenangan itu tak dapat kembali, tapi kenangan boleh membuatkan kita tersenyum seorang diri.
Perjuangan hari ini akan menentukan siapa kita pada hari esok.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan. Malah Allah melepaskan engkau daripada kedua-dua supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
Aku tidak peduli atas keadaan susah dan senangku, karena aku tidak tahu manakah di antara keduanya itu yang lebih baik bagiku.
Umar bin Khatab
Kalau tidak boleh jadi yang mahal dan sangat bernilai, jangan menjadi manusia yang tiada nilai dan maruah.
Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.
Rendah hati adalah akhlak yang mulia, sedang kesombongan adalah kebiasaan orang tercela. Rendah hati akan menumbuhkan kecintaan, dan lapang dada menerima pemberian Allah swt akan melahirkan ketenangan jiwa.
Imam Syafi'i
Kesabaran itu ada dua macam: sabar atas sesuatu yang tidak kau ingin dan sabar menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.
Ali bin Abu Thalib
Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Menjauhi dosa itu lebih ringan daripada menanggung rasa sakit dari sebuah penyesalan.
Umar bin Khatab
Dunia ini ibarat bayangan: kejar dia dan engkau tak akan pernah boleh menangkapnya; balikkan badanmu darinya dan dia tak punya pilihan lain kecuali mengikutimu.
Ibnu al-Qayyim
Bukanlah kesabaran jika masih mempunyi batas, dan bukanlah keikhlasan jika masih merasakan sakit.
Yang melemahkan semangat ada dua perkara. Yang pertama ialah prasangka. Manakala yang kedua adalah hati yang busuk.
Hamka
Roti sepotong, air segelas dan kain selembar yang diperolehi dengan jalan halal, lebih baik daripada hidup mewah yang menjadi penyesalan kemudiannya.
Imam Abu Hanifah
Jangan risau dengan arah hidupmu akan ke mana. Yang menjadi bahagianmu akan tetap menjadi milikmu.
Kemalasan akan menggugurkan setiap harapan secara diam-diam.
Dr Khalid Al Mushlih
Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang.
Surah Ali-Imran: 54
Orang itu jika sudah merasa dirinya baik, maka orang itu sulit diperbaiki.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.
Surah al-Hajj: 77
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.
Sabda Rasulullah SAW
Melihat ke atas untuk berharap, melihat ke bawah untuk bersyukur, melihat sekeliling untuk berbagi.
Tidak akan berubah nasib seseorang itu jika dia sendiri tidak berusaha mengubahnya. Itu janji Allah, dan janji itu pasti!
Keluarlah pada waktu pagi untuk mencari rezeki dan segala keperluan. Sesungguhnya, keluar bekerja di pagi hari (dipenuhi dengan) keberkatan dan kejayaan.
Hadis Riwayat At-Tharbrani
Jangan berfikir untuk menjadi sempurna, tapi berfikirlah untuk menjadi berguna.
Perjalanan seribu batu bermula dengan hanya satu kaki yang melangkah.
Bersyukur, tak perlu menunggu bahagia, kerana di dalam syukur tersimpannya kebahagiaan.
Bertolak ansur adalah perbuatan yang nampak ringan di mata tetapi sangat berat pada kesannya.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Ilmu ada ada tiga tahap. Jika seseorang memasuki tahap pertama, maka dia akan sombong. Jika dia memasuki tahap kedua, maka dia akan rendah hati. Dan jika dia memasuki tahap ketiga, maka dia akan merasa bahawa dirinya tidak punya apa-apa.
Umar bin Khatab
Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, dan yang tinggal hanyalah kenangan.
Ketika orang lain meragukanmu, yang harus kamu lakukan adalah percaya pada diri sendiri dan buktikan kemampuanmu.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?
Hamka
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Tetaplah menjadi baik dengan caramu, walaupun namamu tidak baik dalam cerita orang lain.
Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi ilmu itu adalah yang memberi manfaat.
Imam Syafi'i
Untuk mendapatkan yang kamu suka, pertama kamu harus sabar dengan yang kamu tidak sukai.
Jika tiada jalan lain lagi di hadapanmu, ingatlah bahawa jalan di langit (doa) tidak pernah tertutup.
Sheikh Ali Tantawi
Teruskan berbuat baik walaupun kita bukan orang yang baik. Sebab kita tak tahu kebaikan yang mana yang boleh membawa kita ke syurga.
Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Ikhlas bukan bererti kita pasrah menerima, tetapi ikhlas adalah kekuatan besar untuk kita terus berusaha agar mendapat yang lebih baik.