Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Bertolak ansur adalah perbuatan yang nampak ringan di mata tetapi sangat berat pada kesannya.
Buatlah baik walau nampak remeh kerana kita tidak tahu apa kebaikan yang memasukkan kita ke syurga.
Ibn Qayyim
Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.
Surah al-Hajj: 77
Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria.
Riwayat Muslim
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.
Kebaikan dibalas kebaikan itu biasa. Kejahatan dibalas kebaikan itu mulia dan terpuji.
Teruskan berbuat baik walaupun kita bukan orang yang baik. Sebab kita tak tahu kebaikan yang mana yang boleh membawa kita ke syurga.
Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.