Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Ada kalanya orang sabar itu meninggalkan apa yang membuatnya sabar; ketika semua pengorbanan, ketulusan, kesetiaan dan cinta tidak pernah dihargai.
Indah Riyana
Cinta bukanlah mencari pasangan yang sempurna, tetapi menerima pasangan kita dengan sempurna.
Dan demikianlah rahsia dunia ini. Jika engkau membuang cinta dunia dari hatimu, dunia akan tersedia untuk engkau ambil. Engkau boleh memiliki dunia kerana ia berada di tanganmu dan bukan di dalam hatimu.
Hamzah Yusuf
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Hamka
Jika dua orang ditakdirkan bersama, maka dari sudut bumi manapun mereka berasal, mereka pasti bertemu.
Tere Liye
Kadang-kadang kita tanya Tuhan, kenapa temukan kalau tak satukan? Mungkin sebab Tuhan nak beri pengajaran yang hanya hidup boleh ajarkan.
Arlina Banana
Mencintai tidak semestinya memiliki. Mencintai adalah memberi tanpa berharap untuk diberi.
Rendah hati adalah akhlak yang mulia, sedang kesombongan adalah kebiasaan orang tercela. Rendah hati akan menumbuhkan kecintaan, dan lapang dada menerima pemberian Allah swt akan melahirkan ketenangan jiwa.
Imam Syafi'i
Tanpa pengorbanan, cinta sejati tidak akan dapat difahami.